Sadiq Sani
Pasukan Pengaman MALBATT 850-13 Ke Lubnan
Pasukan pengaman MALBATT 850-13 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 ke Lubnan ketika di Pangkalan Udara Subang. Foto SADIQ SANI, 05 NOVEMBER 2025
PM Lancar Kolej Universiti IJN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar IJNUC pada Majlis Pelancaran Kolej Universiti IJN (IJNUC) di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 04 NOVEMBER 2025
Reaksi Ahli Keluarga Selepas Keputusan Mahkamah #ZaynRayyan
Kecoh! Reaksi bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari ditenangkan ahli keluarga selepas Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas isterinya, Ismanira Abdul Manaf atas kesalahan pengabaian kanak-kanak autistik itu ketika di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor. Foto SADIQ SANI, 31 OKTOBER 2025
Ismanira Didapati Bersalah Pertuduhan Abai Zayn Rayyan
Ibu kepada kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan anaknya berusia enam tahun itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. Foto SADIQ SANI, 31 OKTOBER 2025
Reaksi Ceria PM Anwar dan PM China #ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri China, Li Qiang ceria melambai ke arah media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) ke-28 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 27 OKTOBER 2025
Gelagat Anwar Tunjuk Bola Kepada Presiden FIFA
Gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ASEAN-FIFA sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 26 OKTOBER 2025
Unit K9 PDRM #ASEAN47
Dua ekor anjing bernama Silver dan Julius dari unit K-9 PDRM melakukan pemeriksaan awal bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 26 OKTOBER 2025
Kawalan Ketat Polis Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN
Unit Rondaan Berkuda PDRM menjaga keselamatan di kawasan sekitar sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 25 OKTOBER 2025
Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri Luar dan Ekonomi ASEAN
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bergambar kenangan selepas Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri Luar dan Ekonomi ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC. Foto SADIQ SANI, 25 OKTOBER 2025
Situasi Insiden Kes Bunuh Pelajar Sekolah
Trak Polis membawa mangsa bunuh keluar untuk proses bedah siasat susulan insiden kes pelajar lelaki tingkatan dua menikam pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya. Foto SADIQ SANI, 14 OKTOBER 2025

















