Sunday, September 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Wartawan MalaysiaGazette

Wartawan MalaysiaGazette

44003 Artikel 0 Komen

Lawatan Mengejut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Haji Ali (tengah) memantau kakitangan pegawai imigresen yang menguruskan visa pelajar semasa mengadakan lawatan mengejut ke Pejabat Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) di Bahagian Imigresen Unit Pas Pelajar, Bahagian Visa, Pas & Permit di Cyberjaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 07 FEBRUARI 2017.

Misi Kemanusian Food Flotilla For Myanmar

Ahli keluarga sukarelawan melambaikan tangan ke arah para sukarelawan yang berlepas bagi misi kemanusian Rohingya ke Myanmar pada pelancaran misi kemanusian Food Flotilla For Myanmar di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Barat Klang, Selangor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 FEBRUARI 2017.

ANNUAR MUSA BERI KETERANGAN DI SPRM

Reaksi Tan Sri Annuar Musa ketika keluar dari ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hadir memberi keterangan mengenai isu berkaitan penajaan MARA ke atas pasukan bola sepak The Red Worriors (TRW) di Putrajaya. foto ASHRAFMUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 FEBRUARI 2017.

MoU Fazura dan Universal Music

Fazura selepas sesi Tandatangan Perjanjian "360 Talent Management" antara Universal Music & Fazura di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 02 FEBRUARI 2017

DAILY LIFE – KUALA LUMPUR

Seorang jurual memperbetulkan pakaian yang dipamer ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti umum di Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 JANUARI 2017.

TARIAN SINGA SEMPENA TAHUN BARU CINA

Kanak-kanak pelbagai bangsa turut mengambil kesempatan melihat dengan lebih dekat persembahan tarian singa sempena sambutan rumah terbuka MCA Tahun Baru Cina 2017 di Wisma MCA, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 28 JANUARI 2017.

RUMAH TERBUKA MCA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2017

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama kepimpinan parti MCA diketuai Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kepimpinan tertinggi parti komponen Barisan Nasional, bergambar kenangan pada Majlis Rumah Terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 28 JANUARI 2017

AZMIN ALI SERAH KAD KESIHATAN SKIM PEDULI SIHAT

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerangkan penggunaan kad kesihatan kepada salah seorang penerima Razali Salin 75 (kiri) turut serta Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat, Datuk Seri Wan Azizah (empat kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Daroyah Alwi (kanan) pada Majlis Pelancaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 JANUARI 2017

Malaysian Tigress ke Final Hoki Liga Piala Dunia Wanita

Reaksi kegembiraan yang tidak dapat dikawal oleh pemain hoki Malaysia selepas Malaysian Tigress layak ke perlawanan akhir selepas menang menerusi penentuan pukulan penalti 2-1 pada perlawanan separuh akhir Hoki Liga Piala Dunia Wanita di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lampur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 21 JANUARI 2017.

Tomok, Fattah Amin, Zahid, Aril dan PU Hafiz Busking AId On...

Penyanyi Tomok, bersama beberapa rakan artis lain seperti Aril AF dan PU Hafiz menyanyikan lagu di dalam gerabak KTM bagi menghiburkan orang ramai sambil mendapatkan derma untuk membantu anak yatim pada program Busking AId On Train di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 21 JANUARI 2017.