Wednesday, October 16, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Wartawan MalaysiaGazette

Wartawan MalaysiaGazette

44230 Artikel 0 Komen

DS Rosmah Mansor Rasmi Hari Kraf Kebangsaan 2017

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertanyakan sesuatu kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan) ketika melihat tenunan Bibah Songket yang di tunjukkan oleh Pembuat Songket, Sabrena Shamsul (kiri) ketika melawat tapak pameran selepas merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2017 di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 23 FEBRUARI 2017.

Tok Pa Lawat Cawangan Gergasi Decathlon

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) menunjukkan kebolehannya menunggang basikal sambil diperhatikan Pegawai Eksekutif Decathlon Store, Dong Tom Meng (dua kanan) ketika hadir melawat cawangan gergasi Decathlon Sri Damansara Store di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 23 FEBRUARI 2017.

Kelibat Suspek Dan Wakil Kedutaan Korea Utara di IPD Sepang

Dipercayai kelibat seorang suspek warga Korea Utara (kanan) dibawa oleh anggota polis selepas selesai disoal siasat oleh pegawai siasatan kira-kira empat jam yang bermula dari 12.05petang, berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLIA2, di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 22 FEBRUARI 2017.

STAFOC Lengkap Bersenjata di IPHK

Kelihatan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru pintu masuk Institut Perubatan Forensik Negara (IPFK) berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLI2, Hospital Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 FEBRUARI 2017.

Kenderaan Duta Korea Utara ke Malaysia Keluar Dari Wisma Putra

Sebuah kenderaan yang dipercayai membawa Duta Korea Utara ke Malaysia bergegas meninggalkan bangunan Wisma Putra selepas sesi perjumpaan wakil Korea Utara itu bersama pihak Kementerian Luar Negara di Wisma Putra, Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 20 FEBRUARI 2017.

DS Ismail Sabri Hadir Perkhidmatan Cemerlang KKLW

Reaksi spontan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika bergambar bersama penerima-penerima Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2016 di Dewan Maeps, Serdang. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 20 FEBRUARI 2017

Parlimen Subang Menyokong Himpunan Solidariti Ummah 2017

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tengah), Setiausaha Kongres Rakyat, Nasrudin Tantawi (hadapan, empat kanan) dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar (hadapan, tiga kanan) memegang poster dan bergambar bersama para penyokong RUU 355 pada majlis Himpunan Solidariti Ummah 2017 P.107 Parlimen Subang di Masjid Al-Huda, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 19 FEBRUARI 2017.

MEDIA TEMPATAN DAN ANTARABANGSA ‘SERBU’ BUKIT AMAN

Ratusan media tempatan dan antarabangsa hadir ketika Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bercakap pada sidang media mengenai isu pembunuhan Kim Jong Nam, turut serta adalah Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat di Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 19 FEBRUARI 2017.

Kayveas hadir Mesyuarat MyPPP

Presiden MyPPP, Tan Sri Datuk Seri M. Kayveas, (tengah) mengatakan sesuatu kepada Naib Presiden Kanan MyPPP, Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz (dua kiri) mengenai laporan #challenge265myPPP pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti MyPPP Malaysia di Ibu Pejabat MyPPP Malaysia, Kampung Attap, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 19 FEBRUARI 2017.

PENGEBUMIAN ALLAHYARHAM IBU AZMIN ALI

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) menaburkan bunga mawar di pusara ibunya Allahyarham Che Tom Yahaya di Tanah Perkuburan Kampung Klang Gate, Hulu Kelang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL 18 FEBRUARI 2017