Wednesday, October 16, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Wartawan MalaysiaGazette

Wartawan MalaysiaGazette

44226 Artikel 0 Komen

AZMIN ALI SERAH KAD KESIHATAN SKIM PEDULI SIHAT

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerangkan penggunaan kad kesihatan kepada salah seorang penerima Razali Salin 75 (kiri) turut serta Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat, Datuk Seri Wan Azizah (empat kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Daroyah Alwi (kanan) pada Majlis Pelancaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 JANUARI 2017

Malaysian Tigress ke Final Hoki Liga Piala Dunia Wanita

Reaksi kegembiraan yang tidak dapat dikawal oleh pemain hoki Malaysia selepas Malaysian Tigress layak ke perlawanan akhir selepas menang menerusi penentuan pukulan penalti 2-1 pada perlawanan separuh akhir Hoki Liga Piala Dunia Wanita di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lampur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 21 JANUARI 2017.

Tomok, Fattah Amin, Zahid, Aril dan PU Hafiz Busking AId On...

Penyanyi Tomok, bersama beberapa rakan artis lain seperti Aril AF dan PU Hafiz menyanyikan lagu di dalam gerabak KTM bagi menghiburkan orang ramai sambil mendapatkan derma untuk membantu anak yatim pada program Busking AId On Train di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 21 JANUARI 2017.

DATUK LEE CHONG WEI IKON PERPADUAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sijil kepada ikon perpaduan, Datuk Lee Chong Wei (empat kanan) turut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup (empat kiri) dan turut serta Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) merangkap Presiden ACCCIM, Datuk Ter Leong Yap (tiga kanan) pada Program Detik-detik Perpaduan (Moments of Unity) di Taman Botani Tasik Perdana, Kuala Lumpur. 21 JANUARI 2017

NAJIB SENAMROBIK DI PROGRAM DETIK-DETIK PERPADUAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak turut melakukan senamrobik pada Program Detik-detik Perpaduan (Moments of Unity) turut serta Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) merangkap Presiden ACCCIM, Datuk Ter Leong Yap di Taman Botani Tasik Perdana, Kuala Lumpur. 21 JANUARI 2017

Ismail Sabri Bersama JKKK Negeri Johor

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan replika cek Elaun JKKK Negeri Johor Bagi Tahun 2017 kepada Presiden Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johot, Rosli Kasmin pada Majlis Perhimpunan JKKK Negeri Johor di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 16 JANUARI 2017.

Persatuan Veteran ATM Terima Derma Sumbangan

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (tiga kanan) menyerah dan menyampaikan replika cek kepada Presiden Persatuan Veteran ATM, Senator Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor (tiga kiri) untuk derma tabung pahlawan Persatuan Veteran ATM di Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 JANUARI 2017

Ismail Sabri Rasmi Pembukaan Pejabat Risda Negeri Johor

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani plak perasmian Pejabat Risda Negeri Johor, turut disaksikan oleh Exco Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad (tangah) dan Ketua Pengarah Risda, Mohd Najib A. Samad di Bandar Baru Uda, Johor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 16 JANUARI 2017.

Ismail Sabri Serah Kunci PPRT Penduduk Taman Sinar Sedili

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Exco Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad (dua kiri), Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Dang A Malek Daing A Rahaman (tengah) dan ADUN Sedili, YB Rasman Ithnain (dua kanan) bergambar bersama di hadapan rumah contoh PPRT pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT Taman Sinar Sedili, Kota Tinggi, Johor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 15 JANUARI 2017.

Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad (tengah) menaikkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mengiringi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika hadir pada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Melawati Shah Alam. foto FAREEZ FADZIL, 14 JANUARI 2016