Home Utama Indonesia maafkan Malaysia

Indonesia maafkan Malaysia

Joko Widodo. foto Nasional Kompas

Staf Khusus Presiden Bidang Komunikasi, Johan Budi Saptopribowo berkata, presiden itu sememangnya hanya menunggu permohonan maaf dari Malaysia sebaik isu itu timbul.

Media dalam talian memetik Johan sebagai berkata, Presiden Jokowi juga berharap rakyat Indonesia tidak memberi reaksi berlebihan atas kesilapan panitia Sukan SEA di Malaysia.

“Yang penting, sekarangkan sudah ada permintaan maaf dan buku cenderamata itu mahu ditarik balik, itu yang diharapkan oleh presiden dan Malaysia sudah minta maaf,” katanya di Kompleks Istana Kepresidenan, di sini, hari ini.

Malaysia, menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia mengenai kesalahan cetakan bendera Indonesia itu.

Sementara itu, Naib Presiden Jusuf Kalla pula berkata, semua pihak diminta supaya tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan memandangkan kerajaan Indonesia telah memaafkan kesilapan pihak jawatankuasa penganjur Sukan SEA Ke-29 itu.

“Kan Pemerintah Malaysia sudah minta maaf, apalagi? Pemerintah (kerajaan Indonesia) menerima itu dengan terbuka, semua orang bisa (boleh) melakukan kesalahan,” katanya seperti yang dipetik oleh Kompas.com.

Beliau berkata, Kerajaan Indonesia memahami kesalahan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Ini kan kesalahan teknis (teknikal) yang tidak disengaja, tidak mungkin Kerajaan Malaysia sengaja. Ini kan mungkin tukang (pihak) percetakannya yang tidak faham, ini soal ketelitian,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast