Home Utama Hadi menang saman fitnah Sarawak Report

Hadi menang saman fitnah Sarawak Report

Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.

KUANTAN – Pas mendapat suntikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menang perbicaraan kes saman fitnah terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di London.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan berkata, mahkamah telah memerintah Editor Sarawak Reports, Clare Rewcastle Brown membayar sebanyak RM156,197 (£28,900) di atas tuduhan tersebut.

“Alhamdulilah, Pas bersyukur atas kemenangan yang cukup bermakna  buat maruah parti secara keseluruhan, selain mencerminkan keperibadian Tuan Guru Haji Hadi.

“Saya harap kemenangan ini dapat mengembalikan sokongan masyarakat sekali gus menangkis dakyah terhadap Pas menjelang PRU14 pada 9 Mei ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas Program Ramah Mesra Bersama Calon Pas Parlimen Indera Mahkota dan Dewan Undangan Negeri Beserah di Kampung Chendor Sempadan di sini malam tadi.

Nasrudin menjadi calon Pas Indera Mahkota dan bakal berdepan Datuk Dr. Johan Mat Sah sebagai calon Barisan Nasional (BN) serta calon PKR, Datuk Saifuddin Abdullah dalam persaingan tiga penjuru.

Pada April 2017, Abdul Hadi memfailkan saman berhubung artikel ditulis Clare pada Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dikatakan dimasukkan ke dalam akaun pimpinan Pas untuk mendorong bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Menurut Nasrudin, parti lawan telah menggunakan isu itu untuk menjatuhkan reputasi dengan harapan Pas tumbang pasa PRU14 ini.

“Kemenangan saman fitnah ini begitu bermakna apabila dapat mengembali kepercayaan rakyat khususnya penyokong Pas,” katanya. – MalaysiaGazette