Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap kepada media pada Majlis Pelancaran Not Emas Harapan hasil inisiatif Poh Kong di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 08 NOVEMBER 2018.
Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesyaki mesti ada alasan tertentu mengapa bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail tidak mendakwa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu membuat sebarang penjelasan kerana bidang pendakwaan perlu dilakukan oleh pihak Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ada alasan tertentu untuk kes itu. Saya rasa isu ini tidak difahami dengan sepenuhnya dan saya fikir kena buat penjelasan tentang itu oleh Peguam Negara sendiri.

“Jika kita terangkan sekarang pun, ia tidak membantu kerana ada pihak lain yang perlu lakukan demikian,” katanya kepada media setelah menghadiri penghargaan dan pelancaran koleksi wang kertas emas di Yayasan Kepimpinan Perdana petang tadi.

Musa Aman sebelum ini mendakwa namanya sudah ‘dibersihkan’ oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Ia berhubung tuduhan rasuah melihatkan 16 syarikat konsesi balak di Sabah.

Bagaimana Nazri menafikan kenyataan itu dan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya yang ‘membersihkan’ Musa.

Musa Aman dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan 35 pertuduhan rasuah berkata semua pertuduhan itu adalah ‘kes lama’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast