Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRK N.24 Semenyih di Taman Pelangi, Semenyih. foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – “Yang saya tahu Lembaga Totalisator.. (Da Ma Cai) itu saya tak tahu nama lain.. How do i know“.

Itu penjelasan ringkas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penajaan rombongan pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki baru-baru ini.

Sebelum ini, laporan memetik kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang merujuk beberapa gambar pegawai polis Polis DiRaja Malaysia di Istanbul berkata, syarikat perjudian, Da Ma Cai, menaja rombongan lawatan kerja yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki.

Guan Eng berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu walaupun Muhyiddin kelmarin menyatakan ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Guan Eng juga menegaskan kelulusan dari Totalisator dan bukan Kementerian Kewangan dan sumbernya datang dari Da Ma Cai, sebuah syarikat nombor ramalan.

Ditanya apakah perlu Guan Eng secara terbuka mendedahkan nama syarikat perjudian itu yang menaja KPN berkemungkinan menimbulkan pelbagai persoalan dan kritikan berbeza daripada rakyat, Muhyiddin berkata: “Itu saya tak tahu.. yang saya tahu hanyalah lembaga totalisator. Nama lain ‘how do I know’.

Terdahulu beliau yang menyentuh isu sama menjelskan bahawa tidak ada masalah mengenai rombongan pegawai kanan polis ke Turki atas penajaan yang diterimanya.

“Saya tidak fikirkan ada masalahnya. Memang menteri diberi hak meluluskan mana mana lawatan ke luar negeri daripada PDRM atau mana mana yang lain setelah dapat kelulusan saya.

“Kebiasaanya kes begini pegawai polis akan membawa surat dan menyatakan satu persatu butiran perkara yang berkaitan lawatan.

“Yang saya luluskan ini, tiada salah di sini. pasal yang lain itu ada tajaan. Kalau ditaja swasta saya tak akan luluskan. Pasal apa ia dibawa ke Kabinet di bawah kementerian Kewangan,” ujar beliau.

Katanya, ia bukan isu besar dan dalam surat rasmi beliau sedia maklum mengenai nama Totalisator.

“Bagi saya ia bukan isu. Dia nak hantar berapa orang itu bukan nak tangok saya tak pernah tanyapun mereka pergi ikut rombongan yang dicadangkan.

“(Da Ma Cai) itu saya tak tahu, yang saya tahu surat rasmi ditunjuk .. daripada Lembaga Totalisator..thats it. Thats no other name there (tiada nama lain tertera) ..so how do i know (bagaimana saya boleh tahu yang tak tersenarai),” kata beliau.- MalaysiaGazette