KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa TV3 telah memutarbelit kenyataannya hari ini.
Khalid Samad dalam kenyataannya mendakwa Buletin Utama jam 8 malam tadi menyiarkan laporan tidak betul mengenainya.
Menurutnya, berita mengenai Pedestrian Walk di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) itu bukan sahaja tidak betul bahkan memutarbelitkan kenyataannya.
“Saya menafikan sepenuhnya laporan Buletin Utama TV3 yang disiarkan jam 8 malam ini di mana saya dikatakan telah menarik balik cadangan menjadikan Jalan TAR kawasan Pedestrian Walk.
“Berita itu bukan sahaja tidak tepat dari segi apa yang saya katakan bahkan memutarbelitkan kenyataan saya,” ujarnya.
Sehubungan dengan itu, Khalid mahu TV3 memperbetulkan laporan Buletin Utamanya dan menarik balik laporan yang tidak benar itu.
Menurut Khalid, apa yang beliau katakan adalah DBKL sedang membuat penilaian terhadap cadangan untuk menjadikan Jalan TAR sebagai Pedestrian Walk.
“Buat masa ini DBKL sedang mengkaji pilihan pelaksanaannya dan berbincang dengan semua pihak khasnya pihak-pihak yang terlibat secara langsung.
“Kita akan umumkan bentuk pelaksanaannya seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu pada 15 Mac ini,” kata Khalid lagi.
Petang tadi, Khalid turun ke Jalan TAR bagi membuat penilaian kepada cadangan menjadikan kawasan itu sebagai Pedestrian Walk atau kawasan pejalan kaki.- MalaysiaGazette
Artikel berkaitan:
Jalan TAR ditutup kepada kenderaan kecuali bas bermula 15 Mac
Kau yang putar alam test markets Tv3 Kau katakan putar belit satu dunia tahu kamu YB PH dapatkan pangkat guna sijil palsu
Sebenar nya yang cakap putar belid khalid samad, jiwa raga yang terbawa2 sejak jadi pembangkang.