petrol
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 untuk tempoh 9 Mac hingga 15 Mac ini naik sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.46 seliter.

Manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Harga RON95 pula kekal RM2.08.

Kementerian Kewangan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 9 Mac sehingga 15 Mac 2019 masing-masing sepatutnya RM2.16 seliter dan RM2.38 seliter.

Namun begitu, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selepas Kabinet menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan
bebanan kewangan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast