KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membatalkan kehadirannya pada satu program parti untuk meninjau tragedi pencemaran kimia di Johor hari ini.
Beliau ke negeri itu bagi meninjau kejadian pencemaran kimia di Pasir Gudang yang berlaku sejak beberapa hari lalu.
Petang tadi, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya menghadiri majlis penyerahan kad keahlian Bersatu kepada bekas wakil rakyat UMNO Sabah di Putrajaya.
Namun Perdana Menteri membatalkannya kerana mahu meninjau keadaan di Pasir Gudang.- MalaysiaGazette