Pengamal ilmu perubatan Islam, Sa'ad Jaafar.

KUALA LUMPUR – Acap yang hilang semasa menyertai larian di Gua Tempurung didakwa ‘disembunyikan’ oleh sekumpulan jin di kawasan berkenaan.

Pengamal ilmu perubatan Islam, Sa’ad Jaafar berkata, beliau dan rakannya, Mohd. Azim Adam sudah menangkap jin terbabit dan ‘memenjarakakannya.’

“Selepas kesemua jin tu disumbat ke penjara khas alam jin, kami hapuskannya dan Mohamad Ashraf (Acap) berada semula di dalam alam sebenar. InsyaaAllah, tidak lama lagi Ashraf akan dapat diketemui juga,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Menurut Sa’ad, usahanya itu disampaikan kepada kumpulan penjejak Acap di Perak dan berharap mangsa akan ditemui dalam masa terdekat.

Terdahulu, beliau mendakwa telah ‘menangkap’ jin di kawasan itu secara jarak jauh sebelum membelasahnya.

Operasi menangkap jin itu dilakukan dari kediamannya di Putrajaya beberapa hari lepas dengan mengamalkan kaedah yang dikenali rawatan iLahana.

Menurutnya, rupa ketua jin yang terlibat menganggu Acap itu dikatakan menyerupai pontianak, rambut panjang dan berusia 17 juta tahun.

“Untuk tangkap jin, jarak tak kisah sebab saya pernah rawat orang dari jauh iaitu tangkap jin yang ganggu pesakit saya, pesakit saya itu di Dubai, boleh je tangkap,” ujarnya lagi.

‘Kehilangan’ peserta Gopeng Ultra Trail di Bukit Batu Puteh, Perak, Mohamad Ashraf Hassan sejak lebih seminggu lalu masih menjadi misteri.

Sehingga hari ini, Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf, 29, yang lebih dikenali sebagai Acap itu masih belum ditemui sejak hilang pada 23 Mac lalu.

Hari ini hari ke-10 Acap hilang.

Walaupun usaha mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar melibatkan pelbagai agensi berkuasa dihentikan namun ia masih diteruskan oleh pasukan polis tempatan, keluarga dan kenalannya.

56196822_340135746618715_4525333149730734080_n
Acap

Pelbagai elemen telah dibentuk dan terlibat sepanjang operasi dijalankan melibatkan keluasan kawasan pencarian 35 kilometer (km) persegi berbanding sembilan km persegi di kawasan laluan di Bukit Rateh dan Bukit Batu Putih telah dilakukan.

Namun semua usaha itu menemui jalan buntu.

Sementara itu, ditanya selepas ‘menangkap’ jin menganggu Acap itu apa tindakannya, Sa’ad telah memaklumkan perkara itu kepada pasukan penganjur larian itu untuk mencari lokasi Acap berada.

“Masa itu semua pihak ramai-ramai mencari dan tidak dapat kesan Acap sebab Acap di alam jin.

“Apabila saya sudah lepaskan Acap dari alam jin dan Acap berada di alam sebenar kita. Lepas Acap dilepaskan, Acap dalam keadaan lemah sebab tak makan berhari-hari. Acap tak mampu jalan jauh sebab lemah.

Manakala pihak mencari (pihak berkuasa) itu dah stop (mencari). Tinggal team organiser sahaja yang mencari (skala kecil) tetapi mereka (cari) tak kena tempat,” katanya lagi.

Sa’ad juga telah menghantar gambar lokasi kemungkinan Acap berada pada pasukan penganjur yang mencari Acap tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mereka mencari di lokasi itu atau tidak.

WhatsApp Image 2019-04-02 at 10.35.54 AM (1)

“Malam tadi saya chek (jarak jauh) kesan haba dari badan Acap sudah tiada kerana dia dalam keadaan sangat lemah,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/01/misteri-kehilangan-acap-belum-selesai/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kalau jin ambil cara baik dia beri makan minum juga. kecuali gangguan cara jahat. ini kena belajar pakar tubuh supaya jin tak dapat ganggu . kalau jin bunian biasanya jin baik

Comments are closed.