GOPENG – Seketul tulang ditemukan penduduk kampung ketika menjalankan operasi mencari Muhammad Ashraf Hassan peserta larian yang hilang sejak 23 Mac lalu.
Menurut sumber yang dipetik Sinar Harian, ujian patalogi kimia sedang dilakukan bagi mendapatkan pengesahan terbabit.
Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan Komuniti Kampung (MPKK) Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu kira-kira jam 3 petang.
“Sehingga hari ini, operasi mencari masih digerakkan penduduk kampung di semua kawasan terlibat larian termasuklah Gua Kandu.
“Ada juga sukarelawan luar yang datang bantu, tapi hanya dalam kumpulan kecil, tidak seperti sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, lokasi penemuan memang jarang dilalui penduduk kerana terletak di lokasi agak ke dalam di belakang Gua Kandu.
Operasi pencarian yang masuk hari ke 30 kehilangan tidak menemui sebarang petunjuk lokasi mangsa berada. – MalaysiaGazette