Gambar Hiasan

TEHRAN – Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menembak jatuh dron pengintip milik Amerika Syarikat (AS) yang terbang di wilayah Hormuzgan, dakwa Tehran.

Tentera AS enggan mengulas, menurut agensi berita AP seperti dipetik RT.

Pengawal Revolusi Iran menembak jatuh ‘dron pengintip Amerika’ yang mencerobohi wilayah Iran, kata unit perhubungan awam IRGC dalam kenyataan.

Dron yang dikenalpasti sebagai RQ-4 Global Hawk oleh agensi berita milik kerajaan, IRNA terbang di Kuh Mubarak, Hormuzgan.

Pada kebiasaannya RQ-4 terbang tinggi bagi melakukan misi pengintipan.

AS masih tidak membuat ulasan terhadap dakwaan itu, walaupun pada Ahad lalu Pentagon mendakwa Iran gagal dalam percubaan untuk menembak jatuh dron Reaper yang meninjau salah sebuah kapal tangki yang diserang di Teluk Oman pada minggu lalu.

Jurucakap Pusat Pemerintah AS (CENTCOM), Kapten Bill Urban memberitahu AP: “Tiada dron berada di wilayah Iran’.

Ketegangan antara AS dan Iran kini memuncak, dengan perkhabaran AS merancang ‘serangan taktikal’ dalam tindakan balas kepada serangan yang dilakukan ke atas kapal tangki Jepun dan Norway di Teluk Oman pada minggu lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast