Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Laporan forensik oleh pakar dari United Kingdom (UK) mengesahkan video intim yang dikaitkan dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah tulen.

Malah video yang tersebar itu juga tidak disunting berdasarkan sela masa atau kepanjangan video berkenaan menerusi perbandingan terhadap empat video dilampirkan.

Rumusan mengenai siasatan forensik itu tersebar sejak malam tadi menerusi aplikasi Whatsapp.

Berdasarkan maklumat yang disebarkan, pakar forensik berkenaan, James Zjalic menyatakan bahawa pemeriksaan wajah dilakukannya pada video tersebut secara morfologi memberi ketepatan dan persamaan dari segi ciri-ciri wajah yang tidak boleh dipertikaikan.

Tidak ada juga perkara yang boleh disingkir daripada pembuktian kesamaan wajah yang dianalisis sekaligus memberi jawapan kepada kedua-dua persoalan mengenai pemeriksa iaitu video tersebut adalah tulen dan perbandingan wajah dalam imej dan wajah rujukan diberikan oleh pihak pelanggan adalah sepadan.

Rumusan berkenaan sebelum ini menemukan dua tahap ketulenan berdasarkan perbandingan wajah pada video yang disiasat, katanya.

Ia disebabkan video diterima diambil daripada aplikasi group Whastapp yang kualitinya lebih rendah daripada video yang dirakam melalui alat perakam.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, pakar-pakar yang menganalisis video itu merumuskan ia adalah sahih dan tiada elemen manipulasi atau disunting.

Ia berdasarkan laporan forensik dari Indonesia yang mengesahkan pelaku dalam video tersebut adalah Haziq Abdullah dan Ahli Parlimen Gombak.

Menurut Lokman, pakar forensik tersebut turut mendapati tiada unsur muka diubahsuai kerana dapat dikesan ketika mata Mohamed Azmin dan Haziq berkelip secara normal dan semula jadi yang tidak boleh dicipta dengan teknik deepfake malah posisi mereka yang sentiasa bergerak. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast