Mengikut pertuduhan mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang pada Oktober 2020 hingga 11 Sept lepas.
Danish Fiqri dibimbing oleh seorang guru pengiring yang sangat berpengalaman dalam bidang kelestarian alam sekitar di sekolah, Nurul Hidayah Abdul Kudus yang telah menjadi penasihat kepada projek-projek berasaskan reka cipta kelestarian alam sekitar sejak tahun 2022.
“Sehingga kini, belum ada permohonan pengampunan kedua tetapi saya sedang menimbangkannya tanpa prejudis terhadap hak Najib untuk meneruskan tuntutan berkaitan adendum ini yang belum dilaksanakan,” katanya.
"anggaran berat remaja berkenaan adalah 45 kilogram, ketinggiannya 150 sentimeter dan berambut hitam ikal paras bahu serta warna kulitnya kuning langsat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sedangkan, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sidang tergempar itu dillihat sangat kritikal ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berterusan mempromosikan idea untuk melakukan pembersihan etnik dan mengusir penduduk Gaza dari tanah air mereka.
Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Melaka akan memanggil Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan ada kakitangan agensi-agensi itu terlibat penyelewengan mencecah ratusan ribu ringgit.
Mas Ermieyati berkata, ia merupakan platform untuk mendapatkan pandangan daripada semua pihak secara terbuka.
“Tindakan ini juga kita ambil berdasarkan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini bahawa titah adendum telah diterima Pejabat Peguam Negara ketika itu. Bekas AG kemudian serah titah tersebut kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) kini," kata Muhammad Shafee.
Dakwa beliau, pesawat jenis AW149 bukan pesawat utama pilihan angkatan tentera di seluruh dunia berbanding helikopter Black Hawk, justeru tidak timbul keperluan untuk “lock” pesanan awal antara Syarikat Weststar Aviation Sdn. Bhd. dengan pengeluar helikopter iaitu Syarikat Leonardo dari Itali.
Kanak-kanak beratur bagi mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma untuk murid sekolah rendah sempena persiapan pembukaan sesi persekolahan 2025/2026 isnin ini anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Subzon 6 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 12 FEBUARI 2025.