Pendakwah, Mohd Ridhuan Tee Abdullah terkejut dengan adanya surat daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mencalonkan Premier Sarawak sebagai Yang di-Pertua (YDP)Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) baharu.
Mengikut pertuduhan kedua-dua mereka secara bersama-sama telah berdagang senjata api iaitu dua pucuk pistol jenama Glock, pistol jenama Sig Sauer (1), pistol jenama Smith & Wesson (1) serta selaras raifal M4 Carbine Caliber.
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan itu.
Indeks volum Perdagangan borong & runcit Malaysia merekodkan pertumbuhan 4.4 peratus tahun ke tahun untuk mencapai 159.9 mata pada suku tahun keempat 2024.
Sehingga 31 Januari, sebanyak 72,864 unit daripada 101 projek perumahan mampu milik di Wilayah Persekutuan telah siap dibina. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menyatakan bahawa projek ini merangkumi pembinaan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
Mahkamah Sesyen Ipoh mengarahkan seorang jurulatih badminton yang berdepan pertuduhan melakukan amang seksual dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan tahap kesihatan mental.
Pihak berkuasa sudah lama mengetahui tentang trend membimbangkan ini sejak 10 tahun lalu, namun tiada tindakan serius diambil.
Kementerian Perpaduan Negara belum menetapkan garis panduan bagi jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti berunsur keagamaan. Namun, menurut Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang, pendekatan diambil melalui program yang merapatkan jurang sosial dan meraikan kepelbagaian budaya serta warisan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohamad Yusof Apdal berkata, kerajaan turut bekerjasama dengan agensi swasta, institusi pengajian tinggi (IPT) dan pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha berkenaan.