Friday, August 28, 2026
Home Tag Afiq Aziz

Tag: Afiq Aziz

Dari Rumah ke Destinasi: Cukupkah Perkhidmatan Perantara?

Isu kebolehcapaian terhadap sistem pengangkutan awam kekal sebagai salah satu cabaran utama dalam usaha meningkatkan keberkesanan mobiliti rakyat, khususnya bagi penduduk yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Walaupun rangkaian perkhidmatan utama seperti rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), dan bas ekspres telah berkembang pesat, masalah first mile dan last mile masih menjadi penghalang utama kepada penggunaan optimum sistem tersebut.