Tag: Akalbudi
Kes Ahmad Zahid: Jabatan Peguam Negara masih siasat bukti baharu
Jabatan Peguam Negara, dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan, masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pendakwaan mohon henti prosiding, Zahid mungkin dilepas
Pasukan pendakwaan bagi kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk memberhentikan prosiding terhadap Timbalan Perdana Menteriyang dibicarakan atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera –...
Menurut Ahmad Zahid, Lewis & Co tidak menunggu akaun simpanan tetap itu mencapai tempoh matang sama ada enam bulan atau setahun sebelum mengeluarkan wang RM5.9 juta kerana Lee memberi tempoh masa yang singkat untuk membuat keputusan dalam pembelian banglo berkenaan.
Saya guna sebahagian gaji dari 5 syarikat untuk lakukan amal jariah...
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu punca tercetusnya idea menubuhkan Yayasan Akalbudi adalah untuk melakukan pelbagai aktiviti amal jariah dan kebajikan untuk masyarakat oleh pengasasnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pendakwaan terkhilaf dalam merumuskan sumbangan kepada Yayasan Akalbudi hasil kegiatan haram...
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, pengurup wang Omar Ali Abdullah yang merupakan saksi ke-81 pendakwaan tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan perbankan dalam menukarkan wang tunai berjumlah RM5 juta kepada beberapa keping cek sebelum menyerahkannya kepada akaun firma undang-undang Tetuan Lewis & Co.
Tiada saksi beri keterangan mereka beri suapan kepada Ahmad Zahid –...
Beliau juga berkata, pembayaran yang dibuat melalui cek tidak pernah masuk ke akaun bank peribadi tertuduh sebaliknya dibuat kepada akaun Tetuan Lewis & Co iaitu firma guaman yang dikenal pasti sebagai pemegang amanah yayasan kebajikan itu semasa perbicaraan itu.