Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di mahkamah untuk perbicaraan kes bela dirinya bagi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 24 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan bagi kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk memberhentikan prosiding terhadap Timbalan Perdana Menteri yang sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Mereka juga memohon Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan.

Bagaimanapun peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang bertindak bagi pihak Presiden UMNO itu meminta mahkamah membebaskan Ahmad Zahid.

Mahkamah kini berhenti rehat bagi membolehkan Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette