Saturday, September 19, 2026
Home Tag Bersatu

Tag: Bersatu

Penutupan Menara KL satu bentuk kekerasan, dakwa Wan Saiful

Menurut Ketua Portfolio Komunikasi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu, ia juga satu usaha menghalau secara paksa syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd yang diketuai oleh Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh.

Tun M sudah buka kapsul masa, giliran Anwar buka kotak bukti...

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan sebelum ini berulang kali mendakwa mempunyai kotak-kotak bukti berkait kekayaan luar biasa yang dimiliki Dr. Mahathir, dakwanya.

UMNO Sabah alu-alukan bekas ahli kembali sertai parti – Jafry

Dalam pada itu, Jafry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau berkata, rakyat sebelum ini sudah melihat bagaimana perpecahan yang berlaku akibat pergeseran politik yang bukan sahaja merugikan mereka, malah negara.

Pemuda MCA tiada halangan ahli sertai parti lain – Choo Seong

Ketua Penerangannya, Neow Choo Seong berkata, tindakan melompat parti itu adalah hak demokrasi setiap individu, sekali gus tidak ada apa-apa yang perlu disensasikan.

Bekas Ketua Pemuda MCA Pahang kini ahli Bersatu

Menurut beliau, penyertaan Kim Soon bersama-sama lebih 100 masyarakat Cina dan India di Bentong itu merupakan manifestasi nilai inklusiviti Bersatu sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Bersatu bukan `bekas’ UMNO, ditubuh kerana tolak kleptokrat – Hanifah

Tegas beliau, ahli-ahli Bersatu juga merupakan mereka yang mempunyai matlamat dan hala tuju jelas iaitu untuk memastikan orang Melayu mempunyai platform sebenar dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, iaitu perjuangan yang sudah ditinggalkan UMNO.

Kerjasama Bersatu-UMNO : Dominic Tidak Terkejut

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang menyatakan parti itu bersedia menjalin kerjasama dengan musuh ketatnya, UMNO demi mencapai matlamat perjuangan politik.

Bersatu terbuka kerjasama dengan pihak selari perjuangan – Tun Faisal

Beliau berkata, perkara itu adalah penegasan sebenar yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam wawancara bersama platform podcast Keluar Sekejap, baru-baru ini.

Kewujudan kuil perlu dibuktikan menerusi Kanun Tanah Negara – Bersatu

Tegasnya, tidak ada tanah yang boleh diceroboh atau diubah guna secara sewenang-wenangnya dengan alasan warisan sejarah tanpa melalui proses undang-undang yang sah.

Cermin diri dulu sebelum kecam PN – Hilman

"Jika ingin disenaraikan, ada lebih 1001 alasan untuk rakyat menegaskan bahawa kerajaan hari ini gagal. Seluruh rakyat tahu, kerajaan PH hari ini penipu dan tidak menepati janji. Cakap tak serupa bikin," katanya.