Tag: jenazah tiga beranak
Tiga Sekeluarga Disemadi Satu Liang Lahad
Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur awal pagi tadi, Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OGOS 2026.
Suasana Pilu Solat Jenazah Tiga Beranak
Ahli keluarga mengucup kali terakhir salah seorang dari tiga beranak yang maut dalam nahas membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas disolatkan di Masjid Jamiul Ehsan, Setapak sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak untuk proses pengebumian. Foto MOHD ADZLAN, 19 OGOS 2026.
Jenazah tiga beranak nahas lori JIM dalam perjalanan pulang ke Kampar
Jasad tiga beranak itu akan dibawa dengan menaiki tiga van jenazah secara beriringan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar dalam satu liang lahad.









