Van jenazah tiga beranak yang maut dalam nahas membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak untuk dikebumikan ketika di Masjid Jamiul Ehsan, Setapak. Foto MOHD ADZLAN, 19 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Jenazah tiga beranak yang maut selepas dirempuh sebuah lori milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Jalan Sultan Ismail selesai dimandi, dikafan, dan disolatkan selepas solat Maghrib malam ini.

Kesemua mangsa dikenali sebagai Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, merupakan pesara tentera bersama dua anak perempuannya,  Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12.

Manakala isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) HKL.

Ahli keluarga mengucup kali terakhir tiga beranak yang maut dalam nahas membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak untuk dikebumikan ketika di Masjid Jamiul Ehsan, Setapak. Foto MOHD ADZLAN, 19 OGOS 2026.

Ketiga-tiga jenazah itu tiba di Masjid Jamiul Ehsan, Setapak sekitar jam 5.53 petang selepas dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) pukul 5.45 petang.

Wartawan MalaysiaGazette yang berada di masjid berkenaan mendapati, suasana di perkarangan masjid sudah dipenuhi ahli keluarga, waris dan kenalan mangsa bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah di bawa pulang ke kampung halaman.

Jasad tiga beranak itu akan dibawa dengan menaiki tiga van jenazah secara beriringan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar dalam satu liang lahad.

Jenazah tiga beranak yang maut dalam nahas membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diusung ke dalam van untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak untuk dikebumikan ketika di Masjid Jamiul Ehsan, Setapak. Foto MOHD ADZLAN, 19 OGOS 2026.

Awal hari ini MalaysiaGazette melaporkan, tiga beranak termasuk seorang wanita cedera selepas selepas dirempuh lori JIM KL dalam kejadian sekitar jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dilaporkan berkata, kesemua mangsa adalah sekeluarga dipercayai sedang bercuti di Kuala Lumpur.

Semasa kejadian,  lori berkenaan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan menuju ke Chow Kit untuk mengambil Orang Kena Tahan (OKT) dalam satu operasi JIM. – MalaysiaGazette

3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dipercayai sedang bercuti di ibu negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here