Tag: NATSEC 2022
Hari Terakhir Pameran Pertahanan dan Keselamatan #DSA #NATSEC
Pengunjung berpeluang melihat dan mencuba secara dekat jenis-jenis senjata yang dipamerkan pada hari terakhir Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MAC 2022.
Hishammuddin Hussein di Majlis Penutup DSA dan NATSEC Asia 2022
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein beramah mesra dengan Komander Jeneral Republik Turki, H.E Jeneral Arif Cetin (dua kanan) pada Majlis Penghargaan dan Pengumuman Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MAC 2022.
Pameran DSA2022 #DailyLife
Pengunjung juga dapat mencuba menembak secara maya sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2022.
Hishammuddin Hussein Rasmi DSA dan NATSEC Asia 2022
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sambil diiringi Pengerusi DSA Exhibition & Conference Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin (kiri) dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain melakukan gimik perasmian Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2022.