Wednesday, September 18, 2024
Home Tag Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Tag: Sambutan Hari Kebangsaan 2024

PodcastMG: Laporan Hari Kebangsaan Terbaik!Siapa Di Sebalik Tabir?

Realiti di sebalik tabir siaran langsung Sambutan Hari Kebangsaan 2024 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang disambut di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos lalu. Podcast MG bawakan dua orang tim penerbitan yang terlibat iaitu Mohd Rafael Ramlan selaku Penerbit dan Syuhadi Yahaya Pengurus Pentas berkongsi pengalaman mereka menjayakannya demi untuk mempertontonkan visual terbaik kepada rakyat Malaysia.

JIWA MERDEKA | Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Para peserta persembahan mengibarkan Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ di Dataran Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2024.

Kanak-kanak teruja lihat aset, aksi TUDM

Nornajwa Alias, 42, yang memilih untuk memakaikan baju  tema Jalur Gemilang kepada dua anaknya berkata, anak-anaknya teruja dan gembira melihat aset negara terutama ketika persembahan udara dengan bunyi deruman enjinnya.

Kereta Jalur Gemilang Curi Tumpuan #Merdeka67

Pemilik kenderaan, Azmi Mansor, 68 membawa keretanya yang dipenuhi Jalur Gemilang keliling Dataran Merdeka bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos ini dengan bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 OGOS 2024.

Pentarama X Kelab Malaysiaku SMK Putrajaya Presint 9 (1)

Pelajar, Muhammad Aisy Hakim,13 lengkap berbaju melayu menaiki basikal sambil rakan-rakannya mengibarkan jalur gemilang pada Pentarama X Kelab Malaysiaku sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di SMK Putrajaya Presint 9 (1). Foto SYADILA AMARI, 05 OGOS 2024.