Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada Sidang Media Khas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Auditorium Ibu Pejabat SPRM, Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA. Foto AIZAT ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2024.

PUTRAJAYA – Dalang utama sindiket yang membawa masuk warga asing melalui laluan kaunter khas’ atau counter setting di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan didakwa Oktober ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, suspek berusia 40-an yang bertugas sebagai pegawai kanan Imigresen selama 20 tahun itu telah ditahan pada 5 September lalu.

“Suspek dikatakan menjadi dalang dengan mengawal 50 pegawai lain untuk menjalankan operasi sindiket ini malah beliau juga bertugas di KLIA dan amat berpengaruh,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Tambah Azam lagi, pihak SPRM telah menjalankan risikan dan siasatan berhubung ‘counter setting’ di KLIA selama enam bulan berdasarkan pemberi maklumat dalaman di sana.

Sejak awal bulan ini, SPRM telah membongkar kegiatan sindiket membawa masuk warga asing termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, dan Nepal, menggunakan counter setting.

Susulan itu, Azam berkata, seramai 60 individu dipercayai bersekongkol telah ditahan dalam Ops Pump, Ops Pump 2.0 dan Ops Setting, yang bermula pada 20 Ogos sehingg hari ini dengan 37 kertas siasatan tela dibuka – MalaysiaGazette