Tag: suasana
Keadaan Selepas Kebakaran Uptown Damansara
Keadaan kawasan bazar larut malam yang hangus terbakar sehingga melibatkan kira-kira 90 peratus gerai peniaga pada 8.34 malam semalam ketika tinjauan Malaysia Gazette di Uptown Damansara, Petaling Jaya. Foto MUHD NA’IM, 21 NOVEMBER 2023.
LENSA MG | Himpunan Aman ‘Freedom for Palestine’
Ribuan rakyat membanjiri Dataran Merdeka sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin pada Himpunan Freedom For Palestine di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 OKTOBER 2023.
Suasana Jelajah Perpaduan PMX @ Paroi
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kuala Pilah pada Program Jelajah Perpaduan PMX@Pilah di pejabat PKR Kuala Pilah Ampang Tinggi, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 31 JULAI 2023.
Reaksi Sanusi Selepas Mengaku Tidak Bersalah Dua Pertuduhan
Reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor selepas mengaku tidak bersalah dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politiknya di Mahkamah Selayang, Selangor Foto MOHD ADZLAN, 18 JULAI 2023.
Suasana Konvensyen Wanita dan Pemuda Perpaduan
Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Sabu bersama Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad serta yang lain memotong pulut kuning pada Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2023.
LENSA MG | Suasana TBS Orang Ramai Pulang Ke Kampung Halaman
Warga kota mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bas Selatan, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 APRIL 2023.
LENSA MG | Suasana Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia
Umat islam kusyuk berselawat ketika menghadiri Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 MAC 2023.
Suasana Hari Kedua Tragedi Tanah Runtuh di Batang Kali
Anggota bomba membawa anjing pengesan bagi menyambung misi pada hari kedua mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 DISEMBER 2022.
Suasana Pagi di Pusat-Pusat Penamaan Calon #PRU15
Anggota polis trafik melakukan kawalan lalulintas di jalan masuk Pusat Penamaan Calon Bahagian P. 055 Lenggong sempena Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) di Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 05 NOVEMBER 2022.
Suasana Prosiding Kes 1MDB Libatkan Najib Tun Razak di Mahkamah
Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di mahkamah bagi menghadiri prosiding kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 25 OGOS 2022.