Tag: sugarbaby
Pengasas Sugarbook mengaku tidak bersalah
Pengasas Sugarbook mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyiarkan hantaran berkaitan Sugarbaby hingga menimbulkan kegentaran masyarakat umum dua minggu lalu.
Awas sugarbaby, penyakit kelamin akibat seks bebas
Islam telah menggariskan panduan dalam kehidupan ini tentang hubungan lelaki dan
juga perempuan. Islam menghalalkan pernikahan bagi membenarkan hubungan lelaki dan
perempuan berada dalam keadaan sah dan dibenarkan oleh syarak. Berzina atau melakukan hubungan seks antara lelaki/ perempuan yang tidak melalui pernikahan adalah satu dosa besar di dalam Islam bagi menjaga maqasid Syariah iaitu penjagaan keturunan.
Sugarbook dan fatwa nikah dengan niat talak
Apabila aplikasi ini sendiri sudah pun menjelaskan niat mereka bahawa mereka ini bukan mahu berkahwin secara serius, tetapi kerana mahu mendapat duit, berseronok atau mencari pasangan seksual tanpa komitmen, ia sudah menunjukkan mereka memang mahu 'nikah mutaah', dan bukannya 'nikah yang sebenar'.
Sugar baby: 'Manis' yang tragis
Laman web temu janji SeekingArrangement pula mendakwa bahawa Malaysia berada di
kedudukan ketiga di Asia dengan pembabitan 42,500 sugar daddy. Gejala 'sugar' ini bukanlah perkara baru, namun seiring dengan perkembangan teknologi melalui laman web dan aplikasi, ia semakin mendapat sambutan yang ketara mutakhir ini lebih-lebih lagi pada musim pandemik.