Menteri kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar hadir pada Majlis Program Rakyat Sejahtera anjuran DUN N33 Taman Medan,Parlimen Petaling Jaya. Turut bersama Penolong Koordinator DUN Taman Medan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim di Pangsapuri Petaling Utama, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 26 APRIL 2018.
Menteri kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar hadir pada Majlis Program Rakyat Sejahtera anjuran DUN N33 Taman Medan,Parlimen Petaling Jaya. Turut bersama Penolong Koordinator DUN Taman Medan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim di Pangsapuri Petaling Utama, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 26 APRIL 2018.

PETALING JAYA – ‘Perbalahan’ keluarga antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan adiknya Azwan sehingga berlawan dalam PRU-14 menyebabkan semakin ramai meragui kredibiliti Menteri Besar Selangor itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar tidak terkejut dengan tindakan Azwan yang juga selebriti itu kerana kejutan lebih besar sudah pun dilakukan Pakatan Harapan apabila menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ketua pembangkang.

“Itu adik-beradik, adik dengan abang yang dulu musuh ketat dah balik cium mulut. Apa Tun M tak kata kepada Lim Kit Siang, apa Lim Kit Siang tak kutuk Tun M.

“Tun M masuk (PH), Kit Siang pula macam dengar kata Tun M. Tengok lambang DAP sudah tiada,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Rakyat Sejahtera di pangsapuri Petaling Utama hari ini.

Hadir sama calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim.

Noh mengulas tindakan selebriti Azwan yang mahu mencabar Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu sebagai calon bebas di mana sahaja abangnya bertanding.

Azwan antara individu yang lantang mengecam Mohamed Azmin selain pernah membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah Kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Disember tahun lalu.

Mohamed Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak tahun 2008.

Dalam pada itu, Noh juga menyindir perbalahan pakatan pembangkang di Selangor khususnya mengenai pembahagian kerusi antara PKR, DAP, PAN dan PPBM.

“Bayangkanlah kalau sejak dulu mereka selalu tiada keikhlasan macam mana nak duduk semeja. Sebab itu kita tengok di Selangor mengenai calon kecoh juga saya dengar, BN pun kecoh juga tapi taklah seteruk PH.

“Apabila mereka tidak boleh bekerjasama bagaimana mereka nak membangunkan Selangor. Kita lihat akhir rakyat Selangor yang rugi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Azwan Ali tayang borang penamaan calon

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast