Pegawai Khas Menteri Besar Pahang (Hal Ehwal Agama) menyerahkan sumbangan RM8,000 kepada keluarga Allahyarham Muhamad Syafik yang diterima oleh ayahnya Ahmad Said Md Piah di Taman Sei Mahkota Jaya, Kuantan hari ini

KUANTAN – Konstable Muhamad Syafik Ahmad Said disifatkan seorang yang mempunyai keberanian tinggi dalam mempertahankan tanah air dan agama.

Wakil rasmi yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Yunan Abdul Samad  berkata,  rakyat Pahang berbangga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh anggota polis itu yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor kelmarin.

”Kita mengharapkan keluarga dapat bersabar atas pemergian menerima qada dan qadar. Sama -sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada, solehin dan para anbia.

”Kita berasa teruja bangga dengan keberanian arwah yang telah terkorban dalam perjuangan mengangkat Islam dan memperjuangkan negara kita daripada unsur ekstremis dan radikalisme yang berpunca dari fahaman sesat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan kepada ayah mangsa, Ahmad Said Md Piah di kediamamnya di Taman Seri Mahkota Jaya dekat sini hari ini.

Yunan mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu menyerahkan bantuan awal tersebut bernilai RM8,000 juga menzahirkan rasa hiba terhadap tragedi yang menimpa kepada keluarga wira negara tersebut.

Semalam, Wan Rosdy menggumumkan kerajaan negeri memberi RM5,000 daripada  dan tambahan RM3,000 daripada sumbangan peribadinya kepada keluarga arwah.

Dalam insiden di Balai Polis Ulu Tiram Jumaat lalu, dua pegawai polis maut setelah diserang seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang serta merampas dua laras senapang.

Kedua-dua mangsa, Konstable Muhamad Syafiq Ahmad Said ketika betugas dilaporkan ditembak di bahu dan perut manakala Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar cedera ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera dikenali Koperal Mohd Hasif Roslan.

BACA: Muhamad Syafiq berhasrat sambung belajar forensik

Kerajaan negeri Pahang hulur RM8,000 bantu keluarga arwah Konstable Muhammad Syafiq

Jenazah Muhamad Syafik telah dibawa dari Johor dan akan dikebumikan di tempat kelahirannya di Kuantan pada hari ini. – MalaysiaGazette