Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak mengiringi Pengarah Urusan Fa Izin International Travel and Tours Sdn Bhd, Muhammad Firdaus Ibrahim bergambar kenangan selepas sesi lawatan ke MalaysiaGazette di Kompleks Permaisuri Q, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 24 MEI 2024.

KUALA LUMPUR – Empat tips utama bagi mengelakkan daripada ditipu pakej umrah ‘palsu’ iaitu pertama pastikan syarikat tersebut mempunyai lesen yang sah.

Selain itu menurut Pengarah Urusan Fa Izin International Travel and Tours Sdn Bhd (Fa Izin), Muhammad Firdaus Ibrahim, pastikan selepas tempahan dibuat dapatkan bukti visa umrah telah diluluskan selain bukti tempahan hotel dan tiket penerbangan.

Pengarah Urusan Fa Izin International Travel and Tours Sdn Bhd, Muhammad Firdaus Ibrahim bercakap kepada MalaysiaGazette di Kompleks Permaisuri Q, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 24 MEI 2024.

Katanya, ketika ini syarikat yang menawarkan pakej umrah tumbuh bagaikan cendawan iaitu melebihi 300 syarikat.

Beliau turut menasihatkan kepada bakal jemaah supaya berhati-hati dengan pekej umrah murah yang disifatkan sebagai ‘terlalu bagus untuk menjadi kenyataan’.

“Kadang-kala ada yang tawarkan pakej murah RM5,000 dan sebagainya perlu berhanti-hati, to good to be true. Kalau boleh biarlah harganya berpadanan.

“Pakej murah ini biasanya memang ada tetapi duduk hotel yang jauh. Sebab dalam pakej umrah kedudukan hotel adalah yang paling penting kerana ia akan menentukan harga sama ada mahal atau murah.

“Selain itu harga tiket penerbangan yang terus atau transit. Biasa tiket penerbangan terus ke Jeddah atau Madinah agak sedikit mahal berbanding tiket transit,” katanya memberikan tips kepada MalaysiaGazette.

Pengarah Urusan Fa Izin International Travel and Tours Sdn Bhd, Muhammad Firdaus Ibrahim ketika sesi lawatan ke MalaysiaGazette di Kompleks Permaisuri Q, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 24 MEI 2024.

Muhammad Firdaus bersama, Pengurus Besar Fa Izin, Hasmawati Hasan dan Pegawai Pembimbing Agama, Adam Darwisy mengadakan lawatan ke pejabat MalaysiaGazette di sini hari ini.

Mereka disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarang MalaysiGazette, Noraini Abd. Razak.

Pengarah Urusan Fa Izin International Travel and Tours Sdn Bhd, Muhammad Firdaus Ibrahim ketika sesi lawatan ke MalaysiaGazette di Kompleks Permaisuri Q, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 24 MEI 2024.

Fa Izin ditubuhkan pada 2014 dan telah beroperasi selama 10 tahun. Syarikat itu mempunyai tujuh cawangan dengan ibu pejabat terletak di Kampung Pandan.

Pakej umrah meliputi 90 peratus perniagaan Fa Izin dan selebihnya melibatkan pelancongan ke Eropah seperti Switzerland, Itali dan Sepanyol serta Asia seperti ke China.

“Di Fa Izin, kita ada sekurang-kurangnya empat atau lima penerbangan ke Arab Saudi bagi pakej umrah. Setiap penerbangan ada 45 jemaah. Cukup satu bas.

“Kursus umrah kita beri pada setiap jemaah walaupun jemaah tidak berdaftar dengan Fa Izin mereka boleh ikut kursus umrah yang kami buat pada setiap Sabtu.

“Pada saya walaupun kita buat pakej umrah dari segi perniagaan memang nak keuntungan, namun pada saya kalau nak buat masjlis ilmu biarlah ikhlas, buka sahaja kepada sesiapa,” katanya.

Pakej umrah yang disediakan Fa Izin.

Pakej umrah 1446H Fa Izin berharga antara RM6,990 hingga RM14,390 dengan jarak hotel antara 50 meter hingga 180 meter.

Turut ditawarkan dalam pakej umrah Fa Izin adalah ‘Fullboard Asia Bufet’ tika kali makan sehari, Takaful Kelompok termasuk pelan perlindungan takaful kelompok bagi semua pakej umrah dan Ziarah Taif tanpa bayaran tambahan (kecuali pakej umrah rahmah).-MalaysiaGazette