KPKT peruntukan hampir RM18 juta laksana 10 projek di P. Pinang.

NIBONG TEBAL – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan hampir RM18 juta untuk melaksanakan 10 projek pembangunan komuniti menerusi sentuhan kasih KPKT di negeri ini khususnya di Seberang Perai.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, 10 projek pembangunan infrastruktur awam itu termasuk pembinaan balai bomba baharu di Permatang Tinggi yang bernilai RM13.8 juta akan dimulakan pada tahun ini.

“Projek-projek ini telah pun dirancang dengan teliti untuk memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberikan pulangan pelaburan yang tinggi serta membawa manfaat optima kepada warga penduduk di sini.

Kor Ming.

“Kita juga percaya pelaksanaan ini bukan saja memberi manfaat kepada komuniti tetapi juga berdaya maju dari segi ekonomi,” katanya pada sidang media selepas melawat projek gelanggang bola keranjang di Sungai Udang, di sini, hari ini.

Setakat ini program Sentuhan Kasih KPKT telah melakukan 22 kali jelajah ke seluruh negara dalam tempoh dua tahun bagi memastikan tiada negeri tercicir daripada menerima pembangunan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. – MalaysiaGazette