Palestinian four-year-old with cerebral palsy Ghassan al-Qishawi who also suffers from malnutrition due to the ongoing conflict between Israel and the Palestinian Hamas militant group in the Gaza, rests near his mother at their shelter at the UNRWA-run Salaheddin school in the Rimal neighbourhood of central Gaza City on June 10, 2024. Photo AFP

GAZA CTY – Lebih 8,000 kanak-kanak berumur bawah lima tahun telah dirawat di Semenanjung Gaza kerana kekurangan zat makanan akut sejak perang meletus, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Rabu.

Menurut, Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, seramai 28 kanak-kanak itu telah meninggal dunia akibat kekurangan zat dan sebahagian besar penduduk Gaza kini menghadapi bencana kelaparan dan keadaan seperti kelaparan.

“Walaupun terdapat laporan peningkatan penghantaran makanan, pada masa ini tiada bukti bahawa mereka yang paling memerlukannya menerima kuantiti dan kualiti makanan yang mencukupi,” katanya pada sidang media.

Tedros berkata, agensi kesihatan PBB dan rakan kongsinya telah cuba meningkatkan perkhidmatan pemakanan di wilayah Palestin yang terkepung.

“Lebih 8,000 kanak-kanak bawah lima tahun telah didiagnos dan dirawat kerana kekurangan zat makanan akut,” katanya.

Menurut belaiau antaranya, 1,600 kanak-kanak bawah 5 tahun mengalami kekurangan zat makanan akut yang teruk, iaitu bentuk kekurangan zat makanan yang paling membawa maut.

Bagaimanapun disebabkan keadaan tidak selamat dan kekurangan akses unttuk perubatan, hanya dua pusat penstabilan bagi pesakit kekurangan zat makanan yang teruk boleh beroperasi pada masa ini, tambah Tedros.

“Ketidakupayaan kami menyediakan perkhidmatan kesihatan dengan selamat, digabungkan dengan kekurangan air bersih dan sanitasi, meningkatkan risiko kanak-kanak kekurangan zat makanan dengan ketara,” katanya.

“Terdapat 32 kematian yang dikaitkan dengan kekurangan zat makanan, termasuk 28 dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun.”

Tentera Israel melancarkan serangan dahsyat ke atas Gaza yang telah menyebabkan lebih 37,000 orang terkorban, majoritinya orang awam, menurut kementerian kesihatan wilayah yang diperintah Hamas.

Tedros berkata terdapat juga krisis kesihatan yang semakin meningkat di Tebing Barat, dengan serangan terhadap penjagaan kesihatan, dan sekatan pergerakan, menghalang akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Beliau berkata sejak perang Gaza bermula, WHO telah mendokumentasikan 480 serangan ke atas kemudahan dan kakitangan penjagaan kesihatan di Tebing Barat, mengakibatkan 16 kematian dan 95 kecederaan di wilayah Palestin.- AFP