Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sambung bicara rasuah IPIC RM6.6b membabitkan bekas PM, di hadapan Hakim Datuk Jamil Hussin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 19 JUN 2024

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi membenarkan penangguhan perbicaraan kes pecah amanah harta Kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 biĀ­lion digunakan sebagai bayaran kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).

Kes ini sudah bermula sejak 2018 namun hanya mula dibicarakan awal bulan ini sedang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hari ini pendakwaan memohon masa sebulan bagi menyahklasifikasikan dokumen yang sepatutnya diserahkan kepada pasukan pembelaan mewakili Najib dan Irwan.

Ketika prosiding, Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memohon untuk pihaknya memerlukan kira-kira sebulan untuk menyahklasifikasikan dokumen yang dikaitkan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dokumen-dokumen itu perlu diserahkan kepada peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Irwan, Datuk K Kumaraendran.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah kelihatan di perkarangan mahkamah berkenaan Sambung bicara rasuah IPIC RM6.6b membabitkan bekas PM, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 19 JUN 2024

Sepatutnya hari ini sudah bermula perbicaraan yang namun Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan hari pertama dikosongkan dan prosiding akan bermula pada 22 Julai depan.

Dalam pada itu, hakim juga memberi peringatan kepada semua pihaknya bahawa ini kes ini sudah lama tertangguh sejak 2018 lagi dan berharap tidak akan ada penangguhan lagi selepas ini.

Sebelum ini, sekitar 2022, Muhammad Jamil menolak permohonan Najib dan Mohd. Irwan agar mereka dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan yang ketika itu sudah ditetapkan perbicaraanya bermula tahun ini.

Untuk makluman, selain kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang baru sahaja selesai Khamis lepas, Najib yang juga mantan Ahli Parlimen Pekan juga berdepan dengan satu lagi kes pengubahan wang haram dana syarikat SRC International berjumlah RM27 juta yang akan mula dibicarakan September ini.

Ketika ini, Najib sedang hukuman penjara selepas didapati bersalah bagi tuduhan menyeleweng dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat 1MDB.

Pada Mac tahun lalu, dalam kes audit 1MDB, Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy telah dilepaskan mahkamah daripada pertuduhan meminda laporan audit berkenaan bagi mengelakkan dirinya dikenakan sebarang tindakan undang-undang. – MalaysiaGazette