Kehilangan lelaki yang dikenali sebagai Airul Hissam Halim sejak Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta membantu mengesan seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan PJU 6, Persiaran Surian Pelangi, Petaling Jaya, Selangor, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki yang dikenali sebagai Airul Hissam Halim pada jam 8.47 malam semalam.

“Airul Hissam Halim yang berusia 23 tahun itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada pukul 7.30 petang.

“Pemuda berkenaan berketinggian 185 sentimeter dengan warna kulit putih, hidung lebar, mata sepet dan bibir mulut tebal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor Hafizzul Mohd. Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette