Pempengaruh, Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani.

KUALA LUMPUR- Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd. Hazani akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, esok.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui aplikasi TikTok agensi tersebut.

“SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok,” katanya.

Menurut sumber pempengaruh itu akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, bersama isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26 direman empat hari.

Pasangan suami isteri itu ditahan SPRM susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.

Bagaimanapun menurut sumber, hanya Alif Teega yang akan didakwa esok mengikut seksyen tersebut.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pasangan suami isteri pempengaruh direman SPRM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast