Suspek lelaki yang menolak isterinya ke dalam gaung di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik, Julai lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, lelaki terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 kanun sama kerana cubaan membunuh.

Pertuduhan ke atas suspek berusia 39 tahun itu akan dijalankan di Mahkamah Kuala Kangsar.