KUALA LUMPUR – Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menter, Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia pada petang tadi.

Menurut kenyataan PMO, allahyarham meninggal dunia kerana masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.

“Allahyarham yang berusia 58 tahun sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu.

“Allahyarham dilantik menjawat tugasan tersebut pada 23 Mei 2023.

“Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisiNya,” katanya.

Pada bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziaraji Rozaid ketika beliau menerima rawatan di Hospital Serdang. – MalaysiaGazette