KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2024 buat seluruh rakyat negara ini.

Menurut Sultan Ibrahim, hadiah yang paling bermakna adalah perpaduan antara kaum.

Titah baginda, perpaduan itu merupakan kunci kepada kemakmuran negara.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini merupakan tahun pertama baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Hari ini, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast