Ahmad Fadhli Shaari

TEMERLOH – Pas dilihat sebuah parti dinamik namun menerima hakikat parti itu tidak sempurna.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Fadhli Shaari berkata meskipun kepimpinan itu ‘bukan perfect’ namun Pas sentiasa bersifat terbuka untuk menerima isu-isu teguran kepada parti itu.

”Sebab itu saya sebut dalam isu-isu teguran dan sebagainya, sebab itu kalau mendengar ucapan hari ini beberapa perwakilan juga tegur pimpinan Pas.

”Kita bukanlah sempurna, bukanlah ada kepimpinan sempurna kerana Pas bukan parti sempurna yang dianggotai manusia dan bukan malaikat. Jadi tentunya ada kesilapan dan ada perkara ditegur termasuklah perjuangan isu antarabangsa, isu pencerobohan kapal sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Muktamar Pas ke-70 hari ini yang telah dirasmikan oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah, mereka telah bersuara dalam ruang yang dimiliki seperti media cetak Harakah dan Harakah Daily.

”Tetapi itu dalam dalam dunia teknologi Malaysia hari ini kita berdepan pelbagai isu shadow ban and such. Namun kita ambil dari sudut positif.

“Maka kita terus akan menembusi media-media lain supaya kita ada ruang bersuara” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pembahas sedih, pemimpin Pas berkaraoke dipertahan Dewan Ulama  

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here