Gambar hiasaan

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 6 pagi tadi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah mencapai 12.7 peratus.

Gangguan bekalan air di Kawasan terlibat berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20% pada jam 3 petang, ini diikuti dengan 90% pada jam 3 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat).

Pengurusan Air Selangor berkata, waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat).

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Tambahnya,para pengguna yang telah mendapat bekalan air dinasihatkan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast