Kompleks Bersepadu Petronas (PIC)

SINGAPURA – Kapal besar yang membawa kargo minyak mentah pertama bagi loji penapisan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Saudi Aramco dijangka dipunggah pada hari ini, menurut sumber industri.

Kapal besar minyak mentah (VLCC) Navarin membawa 1 juta tong minyak mentah Arab Saudi dan Iraq tiba di Malaysia pada 21 September lalu dan kini menju ke Terminal Pengerang.

Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID), adalah kompleks bernilai AS$ 27 bilion yang terletak di antara Selat Melaka dan Laut China Selatan, saluran minyak dan gas Timur Tengah ke China, Jepun dan Korea Selatan.

Kompleks RAPID akan mempunyai kapasiti 300,000 tong minyak dan petrokimia 7.7 juta tan setahun.

Operasi loji penapis ini akan bermula pada tahun dengan dengan pengeluaran petrokimia pula antara enam hingga 12 bulan selepas itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast