KUALA LUMPUR – Pelabur asing meneruskan pembelian berturut-turut selama dua minggu di Bursa Malaysia dengan mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM853.8 juta.

Trend ini menandakan aliran masuk asing bersih minggu pertama berturut-turut sejak September 2024.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah pembeli bersih pada setiap hari dagangan, antara RM50.7 juta dan RM340.8 juta.

Hari Jumaat menyaksikan aliaran bersih tertinggi, diikuti Khamis, yang menyaksikan kemasukan masing-masing RM340.8 juta dan RM325.2 juta.

Tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM567.4 juta), penjagaan kesihatan (RM124.8 juta) dan produk perindustrian dan prkhidmatan (RM107.9 juta.

Hanya dua sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih asing iaitu tenaga (-RM31.9 juta) dan perladangan (-RM6.0 jua).

Manakala institusi tempatan masih melanjutkan jualan bersih mereka kepada dua minggu berturut-turut, dengan aliran keluar berjumlah RM692.6 juta.

Ini merupakan minggu kedua berturut-turut jualan bersih oleh institusi tempatan sejak 24 Ogos 2024.

Firma penyelidikan ini menambah, pelabur runcit tempatan turut meneruskan aliran jualan bersih mereka kepada tiga minggu, dengan aliran keluar RM161.2 juta, hampir 2.5x lebih tinggi daripada aliran keluar minggu sebelumnya.

Purata volum dagangan harian (ADTV) menyaksikan peningkatan secara meluas minggu lepas dengan pelabur institusi dan runcit tempatan menyaksikan peningkatan sebanyak +8.7% dan +5.7%, manakala pelabur asing menyaksikan pertambahan sebanyak +26.0%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast