Eksport Singapura merosot 12 peratus pada bulan Oktober berikutan penurunan 5.0 peratus pada bulan sebelumnya, menurut International Enterprise (IE) Singapore.

Eksport bukan minyak domestik (NODX) terjejas dengan penurunan dalam eksport elektronik dan bukan elektronik.

Penghantaran elektronik jatuh 6.0 peratus selepas penurunan 6.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Penguncupan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan ICs (-5.1 peratus), pemacu cakera (-47,7 peratus) dan kelengkapan telekomunikasi (-19.9 peratus).

Eksport bukan elektronik menjunam 14.6 peratus, selepas menguncup 4.2 peratus peratus bulan sebelumnya.

Penurunan ini dipacu oleh farmaseutikal (-47 peratus), petrokimia (7 peratus) dan bahagian peralatan kejuruteraan awam(-40,7 peratus), kata IE Singapura.

Secara keseluruhan, penghantaran kepada majoriti 10 pasaran utama Singapura jatuh, dengan Kesatuan Eropah, Jepun dan Indonesia merekodkan kejatuhan ketara.

Manakala trend eksport ke Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan, yang meningkat antara 1.0 peratus dan 19.4 peratus.

Barangan eksport bukan minyak (NORX) merosot 8.9 peratus pada bulan lalu berbanding 1.2 peratus pertumbuhan pada bulan September, dengan penurunan dalam kedua-dua elektronik dan eksport semula bukan elektronik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast