Bank Pusat China menetapkan yuan kepada paras rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir lapan tahun.

Nilai yuan yang juga dikenali sebagai renminbi – pada 6.8495 berbanding dolar AS, turun 0.30 peratus pada penetapan hari ini, menurut data daripada Sistem Perdagangan Pertukaran Asing.

Unit ini telah mencapai satu siri paras terendah enam tahun dalam beberapa minggu kebelakangan ini dalam menghadapi kenaikan dolar AS ekoran jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih ketara bersandarkan kempen Donald Trump untuk meningkatkan perbelanjaan dan mengurangkan cukai.

Bagaimanapun, penetapan yuan adalah paling lemah sejak Disember 2008 dan melepasi paras 6.83 ketika Beijing hampir menambat mata wang itu selama sembilan bulan pada tahun 2009-2010, selepas krisis kewangan global.

China hanya membenarkan yuan naik atau turun dua peratus dalam penetapan harian, salah satu cara ia mengekalkan kawalan ke atas mata wang itu. – MalaysiaGazette