Sejumlah 18 barangan diletakkan di bawah harga kawalan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan berkuat kuasa 19 hingga 28 Disember.
Skim kawalan tersebut dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Antara senarai barangan harga terkawal termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, ayam belanda import, kepak ayam, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing/biri-biri import bertulang, daging kambing/biri-biri import tanpa tulang dan daging paha kambing/biri-biri bertulang.
Selain itu, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sepanjang tempoh itu para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan kerajaan.
Peniaga juga diwajib meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakannya dengan barangan lain. – MalaysiaGazette