Gambar PDRM.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan lori tanker di di Jalan Kuala Pilah- Tampin, Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 pagi.

Kemalangan melibatkan lori tanker jenis Volvo dan kereta Proton Saga.

Siasatan awal mendapati lori tanker datang dari arah Kuala Pilah menghala ke Tampin dengan membawa muatan simen manakala kereta pula dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan lori dan berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kejadian itu, pemandu kereta maut di lokasi kejadian dan kes dibuka di Bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast