Jose Mourinho

Jose Mourinho memuji para pemain Manchester United sambil menyifatkan anak-anak buahnya ‘berhak menang’ selepas menewaskan Crystal Palace 2-1 dalam Liga Perdana pada awal pagi tadi.

Dia dilihat memberikan sokongan moral kepada pemain-pemainnya dengan memeluk mereka sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan anak buahnya berjaya mendapatkan tiga mata penting buat United.

“Kami berhak menang, kami adalah pasukan yang terbaik, mereka (Palace) mempunyai hanya sedikit peluang, hanya sedikit, tetapi mereka memanfaatkannya dan mereka menjaringkan gol dalam tempoh itu.

“Kemudian kami mempunyai tempoh terbaik dalam permainan. Pada separuh pertama kami mempunyai kawalan tetapi pada 20 minit terakhir perlawanan kami menguasai perlawanan. Kami mencipta banyak peluang, dan kami menang pada akhirnya.

“Kami sedang melakukan yang terbaik (untuk mengejar kelompok pendahulu). Jika kami memperoleh mata penuh dalam perlawanan di tempat sendiri sebelum ini, kami pasti akan lebih melakukan lebih daripada cukup untuk menang, dan kami akan berada lebih dekat dengan pasukan di bahagian atas liga.

“Tetapi kami gagal dan pada masa ini kami mampu untuk bersaing dengan empat kedudukan teratas. Terdapat tiga lagi perlawanan sebelum akhir tahun ini dan mari kita lihat bagaimana kami berada pada 31 Disember,” katanya dalam temubual pasca perlawanan dengan MUTV dan BT Sport.

Pengendali dari Portugal itu turut memuji aksi dua benteng pertahanan, Marcos Rojo dan Phil Jones pada perlawana itu.

“Rojo kini bermain sangat luar biasa, Jones juga bermain luar biasa. Saya tidak membincangkan mengenai cabaran Danny Rose, saya tidak membincangkan mengenai cabaran David Luiz. Saya tidak akan membincangkan cabaran Marcos Rojo. Beliau adalah seorang pemain yang agresif, pemain bersih, mungkin bermain bola sepak yang terbaik dalam kerjayanya.

“Kami tidak tahu betapa seriusnya kecederaan Bailly. Ia bukan kecederaan lutut yang sama, ia adalah salah satu kecederaan yang lain. Ia mungkin mengenai lutut kiri. Jadi, dia tidak mengalami kecederaan sebelumny,” katanya.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast