KUALA LUMPUR – Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Ruo Han merakamkan salam perpisahan kepada kelab itu selepas tujuh tahun bersama.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, pemain berusia 24 tahun turut mengucapkan terima kasih buat pemilik kelab, Tunku Mahkota Ismail di atas jasa baik menjaganya selama ini.
“Selepas 7 tahun yang penuh kenangan, tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih kepada Pemilik Kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
“Sepanjang detik suka, duka, dan juga kecederaan, kelab ini selalu menjaga saya dengan sangat baik. Terima kasih JDT, dan semoga kita berjumpa lagi,” tulisnya.
Untuk rekod, Ruo Han yang berasal dari Kulim, Kedah menyertai Akademi JDT pada tahun 2018 ketika berusia 17 tahun.
Dia juga juara program pencarian bakat, Mencari Ramli musim keenam
Ruo Han lebih banyak beraksi untuk pasukan feeder, JDT II bermula tahun 2021 namun dia pernah berada di dalam senarai skuad utama ke AFC Champions Leage pada 2021. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL