Rafizi Ramli

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan dakwaan Rafizi Ramli yang mendakwa kos RM21 bilion pembinaan tren pengangkutan awam baharu itu hanya untuk fasa pertama.

Dalam satu kenyataannya semalam, MRT Corp berkata, kos yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pelancaran MRT baru-baru ini melibatkan kos kedua-dua fasa MRT sepanjang 51 kilometer.

“Kenyataan Rafizi tidak benar. RM21 bilion adalah kos bagi fasa pertama dan kedua MRT sampai ke Kajang yang siap sepenuhnya tahun depan,” ujar kenyataan itu lagi.

Ia sebagai respon terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu yang mendakwa kos RM21 bilion yang disebut Najib hanya untuk fasa pertama dan mendakwa kos keseluruhannya MRT sampai RM100 bilion.–MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast